Catalog No | 983-08-033 |
Author | Witness Lee |
Publisher | Gospel Book Centre |
Sejarah Gereja dan Gereja-gereja Lokal
Buku ini terdiri daripada mesej-mesej yang disampaikan oleh Dikbang Witness Lee di Los Angeles, California, dari 20 Februari hingga 21 Mac 1973.
Tuhan bertujuan memperoleh gereja yang korporat. Dari zaman ke zaman, sungguhpun gereja mengalami kerosakan akibat serangan musuh, namun Tuhan tetap mempunyai kerja pemulihan dalam kalangan anak-anak-Nya untuk menyempurnakan kehendak-Nya.
Buku ini bermula dengan menunjukkan latar belakang sejarah kemunduran dan perpecahan dalam gereja, dengan membicarakan visi gereja serta punca berlakunya kekeliruan dalam gereja dari zaman ke zaman. Berikutan itu, buku ini memerikan sejarah gereja lokal bermula dari tahun 1922, termasuk penyelamatan dan panggilan Dikbang Watchman Nee, penderitaan dan pembelajarannya, ministri dan kerjanya, dan juga menghuraikan amalan kehidupan gereja, serta empat kali kepulihbangkitan utama yang berlaku apabila wahi baru yang dilihat berjaya dipraktikkan. Dalam lakaran sejarah ini, kita melihat kesaksian tentang bagaimana hebatnya aliran hayat yang unik itu, yang mengalir dari takhta Tuhan.
Semoga Tuan mencahayai para pembaca melalui pengisahan sejarah yang ringkas ini, agar Dia membangkitkan lebih banyak lagi wadah yang wajar dalam kalangan anak-Nya untuk setia kepada amanat-Nya dan meneruskan pergerakan pemulihan-Nya di bumi.
Author | Witness Lee |
Publisher | Gospel Book Centre |
Format | Hardbound |
Catalog No | 983-08-033 |
Language | Bahasa Malaysia |
Original Language | Chinese (Traditional) |