Buku ini ialah terjemahan daripada mesej-mesej yang disampaikan dalam bahasa Cina oleh Dikbang Witness Lee di Anaheim, California, pada 11 hingga 13 April 1995, ketika bersekutu dengan enam puluh tujuh penatua dan rakan sekerja dari dua puluh gereja di Taiwan dan sebelas penatua dan rakan sekerja dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Kanada, dan Afrika Selatan. Buku ini mengandungi lima mesej, mula-mula sekali berbicara tentang visi yang mengawal dan menguasai dalam Bible, iaitu ekonomi Tuhan, kemudian menunjukkan makna kristalisasi tentang langkah-langkah ekonomi Tuhan dan Tubuh Kristus. Selepas itu, buku ini membicarakan keperluan mempunyai ajaran ekonomi Tuhan untuk menggembala pekudus, kemudian mengatakan pengenalan tentang kebangkitan Kristus dan pengalaman terhadap salib dan Roh itu, dan akhirnya mewahikan salib dan Roh itu serta pembinaan Tubuh Kristus.