Categories

Istilah Kristian

GBC-16

Gospel Book Centre

Penerbit: Gospel Book Centre

Kod: GBC-16

More details

Out Of Stock

RM12.50

Add to wishlist

PublisherGospel Book Centre
FormatPaperback
Catalog NoGBC-16
Pages136
Dimension216mm X 141mm
LanguageBahasa Melayu

Istilah Kristian mengandungi perkataan dan frasa yang sesuai bagi menggambarkan kehidupan dan pengalaman orang Kristian. Keistimewaan buku ini ialah susunan istilah masukan bahasa Melayu diikuti dengan padanannya dalam bahasa Inggeris. Istilah yang sukar difahami dan jarang-jarang digunakan pula diberi definisi dan keterangan lanjut.

 

Istilah Kristian merupakan sumber rujukan yang amat berguna untuk semua orang Kristian, terutamanya pekudus yang bertutur dalam bahasa Melayu atau mereka yang berhasrat untuk belajar bahasa Melayu. Oleh itu, tujuan buku ini adalah untuk menyeragamkan istilah Kristian dalam bahasa Melayu. Hal ini membolehkan bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam pengajian Bible, persekutuan rohani, perhimpunan gereja, penginjilan dan penyebarluasan kebenaran. Buku ini juga dapat membantu para penterjemah dan penulis menentukan perkataan yang sukar diterjemahkan. Di samping meningkatkan pengetahuan am seseorang terhadap Bible, Istilah Kristian juga membantu memperluaskan kosa kata pembaca dalam penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

 

Ciri-ciri buku ini termasuk:

  •          Senarai istilah bahasa Melayu-bahasa Inggeris menurut huruf abjad yang mengandungi padanan bahasa Inggeris yang tepat.
  •          Penerangan ringkas sebagai rujukan segera bagi istilah bahasa Melayu yang sukar.
  •          Pengelasan kelas kata dan makna asal bagi istilah tertentu.
  •          Senarai istilah bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang padat dan mudah digunakan.
  •          Glosari yang mendefinisikan makna sesetengah istilah rohani, termasuk istilah baru yang dibentuk untuk mengungkapkan teks asal Bible.

No customer comments for the moment.

Write a review

Istilah Kristian

Istilah Kristian

Penerbit: Gospel Book Centre

Kod: GBC-16

Write a review

Path: > > > Istilah Kristian

30 other products in the same category: