Dalam setiap zaman dan generasi, Tuhan mencapai orang muda untuk
melaksanakan pergerakan-Nya. Bible dan juga sejarah gereja menunjukkan
kepada kita bahawa Tuhan ingin menggunakan orang muda. Tuhan mencapai
orang muda kerana kebanyakan mereka masih belum dirosakkan dan diduduki
oleh hal jahat pada zaman ini.
Dalam Persekutuan dengan Orang Muda,
Witness Lee membicarakan kata yang terus terang kepada orang muda hari
ini; beliau menggalakkan mereka agar menjadi berguna kepada Tuhan untuk
tujuan-Nya dengan tidak mencemarkan diri dengan hal-hal zaman ini. Dia
memesan mereka agar lari daripada nafsu orang muda dan mengejar
keadilbenaran, iktikad, kasih, dan kedamaian bersama dengan teman-teman
yang wajar, yakni bersama dengan mereka yang turut mempunyai hati untuk
mengejar Tuan.
Witness Lee juga memaparkan
suatu visi yang jelas berkenaan isi kandungan pemulihan Tuan, iaitu
warisan kita dari segi hayat dan kebenaran; warisan ini harus dijaga dan
dipelihara. Beliau juga memberi persekutuan yang praktikal berkenaan
bagaimana memajukan pemulihan Tuan pada zaman ini.