Pada zaman Wasiat Lama, tidak ada orang yang pernah melihat Tuhan.
Tuhan menyembunyikan diri-Nya dalam alam semesta. Oleh itu, ketika
penyabda Yesaya melihat pengalaman orang Israel di tangan Tuhan, dia
meluah dengan rasa kagurn, "Sesunggulmya, Engkaulah Tuhan vang
menyembunyikan diri-Nya, O Tuhan" (Yes. 45:15).
Sampailah
Wasiat Baru, meskipun Anak tunggal yang ada di pangkuan Bapa telah
menyatakan Tuhan, namun Tuhan ini tersembunyi di dalam seorang manusia
yang rendah. Para disipal seolah-olah mengenali-Nya namun tidak
mengenali-Nya; mereka seolah-olah memahami-Nya namun tidak memahami-Nya.
Selepas Tuan bangkit, Dia melatih dua orang disipal yang dalam
perjalanan ke Emaus supaya mereka mengenali bahawa: Dia tinggal dalam
kalangan manusia namun tidak memperlihatkan diri-Nya kepada manusia. Dia
berada dalam manusia, bekerja dan beroperasi dalam manusia secara
tersembunyi.
Kerja Tuhan yang paling benar
ialah kerja yang senyap; kerja-Nya yang paling bertahan lama ialah
kerja yang paling tersembunyi. Menyembunyikan diri ialah perangai Tuhan,
malah merupakan prinsip kerja Tuhan.