Catalog No | e-SKPP20 |
Author | Watchman Nee & Witness Lee |
Publisher | Gospel Book Centre |
File | Download |
Tempahan tahunan ini merangkumi:
1. Buku ini bertujuan untuk membantu para percayawan memupuk kehidupan pemugaran pagi dengan Tuan dalam sabda-Nya setiap hari. Melalui perhubungan yang intim dengan Tuan dalam sabda-Nya, para percayawan dapat dikonstitut dengan hayat dan kebenaran, dengan itu diperlengkapkan untuk bertutur-sabda dalam perhimpunan gereja demi pembinaan Tubuh Kristus.
2. Seluruh isi kandungan buku ini dipetik daripada Garis Kasar, teks dan nota kaki Bible Versi Pemulihan, tulisan Witness Lee dan Watchman Nee, serta Kidung.
3. Buku ini dibahagikan mengikut minggu. Satu mesej latihan disusun untuk setiap minggu. Setiap minggu menyampaikan pertama garis kasar mesej, disusuli enam bahagian peruntukan harian, sebuah kidung, dan diikuti dengan sedikit ruang untuk catatan. Garis kasar latihan telah dibahagikan mengikut hari untuk dipadankan dengan enam bahagian peruntukan harian. Setiap bahagian peruntukan harian itu meliputi sesetengah butir dengan bahagian yang bertajuk “Pengkhasiatan Pagi”. Bahagian ini mengandungi ayat-ayat Bible yang dipilih dan bacaan pendek yang dapat membekalkan khasiat rohani melalui persekutuan yang intim dengan Tuan. “Pengkhasiatan Pagi” ini diikuti dengan bahagian yang bertajuk “Bacaan Hari Ini”, iaitu petikan ministri yang lebih panjang berkenaan butir-butir utama pada hari tersebut. Peruntukan setiap hari diakhiri dengan satu senarai rujukan yang pendek untuk pembacaan selanjutnya dan sedikit ruang bagi para pekudus membuat catatan berkenaan inspirasi rohani, pencahayaan, dan kenikmatan mereka bagi memperingatkan mereka tentang apa yang telah diterima daripada Tuhan pada hari tersebut.
4. Ruangan yang disediakan pada hujung setiap minggu adalah untuk pengarangan tutur-sabda yang pendek. Tutur-sabda ini boleh ditulis dengan mempertimbangkan semua nota harian kita, yakni “penuaian” inspirasi kita dalam minggu itu, dan menyediakan satu butir utama dengan beberapa butir sampingan untuk dibicarakan dalam perhimpunan-perhimpunan gereja demi pembinaan Tubuh Kristus yang organik.
5. Semua isi kandungan yang di-susun oleh Living Stream Ministry dipetik daripada tulisan Witness Lee dan Watchman Nee. Kesemua garis kasar, nota kaki, dan rujukan dalam Bible Versi Pemulihan ditulis oleh Witness Lee. Semua rujukan lain yang dipetik dalam terbitan ini berasal daripada ministri Witness Lee dan Watchman Nee.
Author | Watchman Nee & Witness Lee |
Publisher | Gospel Book Centre |
Format | Digital e-Product |
Catalog No | e-SKPP20 |
Language | Bahasa Malaysia |